Jom follow kami untuk kemaskini terkini

Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Tuesday, March 30, 2010

Keadaan Din Beramboi Diketahui Dalam 24 - 48 jam



TERKINI (dikemaskini pada jam 7 malam)

GUA sempat berbual dengan Afdlin Shauki sebentar tadi dan Afdlin mengesahkan Din Beramboi dalam keadaan kritikal. Menurutnya, doktor sedang cuba menstabilkan keadaan Din. Hasil rawatan akan diketahui dalam masa diantara 24 hingga 48 jam.

Kongsi Afdlin, dia sempat menjenguk Din yang dalam koma. "Kita berdoa untuk yang terbaik," katanya.
Tentang berita yang Din dijangkiti virus kencing tikus, Afdlin memberitahu itulah yang diceritakan isteri Din kepadanya yang telah dimaklumkan oleh doktor.

TERDAHULU

Punca Sakit Din Beramboi Tidak Diketahui
Bila dihubungi AMP Radio Networks, jurucakap mereka memberitahu Din Beramboi telah dimasukkan ke hospital sejak semalam. Namun tidak diketahui punca penyakit DJ Era itu. Yang dapat dikongsi, "he is just really sick".

Sumber : http://www.gua.com.my/Entertainment/Showbiz-Detail.aspx?ArticleID=4688

Sunday, March 28, 2010

GAMBAR : Zaris Nellydia, Pelakon Spa Q


zaris nellydia
klik read more untuk gambar lain.

Wednesday, March 17, 2010

Stacy bercanda ditepian pantai bersama teman

gambar-gambar terkini Stacy dan teman-temannya.Credit kepada ohartis.com

Tuesday, March 16, 2010

Seniman Saran 'Terjah' Dihentikan, Nas Bertahan


Nas Ahmad (kiri) ketika bersama krew Terjah dan Azwan Ali dalam salah satu episod Terjah.


SEJAK disiarkan pada awal Januari ini, program Terjah menerima banyak maklumbalas negatif sehingga ada yang menyarankan program itu dihentikan segera.

Di mana silapnya dan kenapa? Persoalan itu berlegar-legar di fikiran penerbitnya, Nas Ahmad. Namun, bekas wartawan Melodi itu tidak mampu memberikan jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’ apabila ditanya sama ada program itu akan berhenti siaran.

Nas sebaliknya menyarankan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), pihak yang meminta Terjah
dihentikan itu untuk tampil berbincang dengannya bagi menegakkan keadilan.
“Menyentuh tentang aduan yang diterima oleh Seniman, sebagai persatuan yang profesional, saya harap mereka dapat memanggil kita untuk membincangkan perkara ini.

“Namun, saya juga ada terbaca respons sebanyak 50 peratus penonton yang menyokong manakala sebahagiannya tidak. Saya menganggap mereka tidak memahami program yang berbentuk realiti.
“Lagipun, visi kami adalah menyampaikan maksud sebalik perkara yang disiarkan iaitu dipanggil reverse psychology. Dalam masa yang sama, Terjah sebenarnya cuba menegur artis secara psikologi,” jelas Nas kepada mStar Online.

Monday, March 15, 2010

Benjy ditahan mengedar dadah!


Polis semalam mengesahkan seorang pelakon yang ditahan bagi membantu siasatan penemuan sebuah makmal mini memproses dadah semalam, ialah Khaeryll Benjamin Ibrahim, 32, atau lebih dikenali sebagai Benjy.
Pelakon yang merupakan anak kepada dramatis terkenal, Azean Irdawaty itu ditahan bersama teman wanitanya di sebuah unit kondominium disewanya di Kepong yang dipercayai dijadikan makmal memproses dadah.

Siasatan polis setakat ini, percaya Benjy dan wanita itu bergerak sendiri tanpa mana-mana sindiket sama ada di dalam mahupun di luar negara.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, polis juga sedang menyiasat sumber dadah yang diperoleh pelakon itu.

Katanya, sehingga kini, polis masih belum mengambil keterangan daripada mana-mana pihak termasuk isteri Benjy dan ibunya.

‘‘Kedua-duanya belum tampil setakat ini. Pada masa ini pasukan forensik sedang menjalankan siasatan terhadap peralatan dan bahan kimia yang ditemui di rumah itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, bagi membantu siasatan kes itu, pihaknya juga akan mendapatkan maklumat lanjut melalui pemilik kondominium tersebut.

Katanya, selain itu, polis turut menyiasat pasaran dadah berkenaan selain faktor kemungkinan ia dibekalkan kepada golongan artis.

‘‘Buat masa ini, kita telah menyita harta pelakon itu termasuk keretanya,” katanya.

Semalam, Benjy ditahan bersama seorang wanita kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penemuan sebuah makmal mini memproses dadah di Kepong.

Semasa ditahan, polis juga menemui 850 gram kokain dan 140 gram syabu di kondominium tersebut.
Polis memberitahu, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pelakon bersiri itu telah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang cahaya mata. Pelakon itu juga pernah memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik (telefilem) pada Anugerah Skrin beberapa tahun lalu.