Jom follow kami untuk kemaskini terkini

Showing posts with label kerajaan langit. Show all posts
Showing posts with label kerajaan langit. Show all posts

Tuesday, November 16, 2010

Ajaran Ayah Pin

Ajaran Ayah Pin adalah sesat,menyeleweng dan membawa kepada rosaknya akidah. Kerana itu hendaklah orang ramai menghindarkan diri dari terbabit dengannya.
Fatwa:
Oleh yang demikian,untuk menjalankan kuasa-kuasa yang diberi di bawah Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan ini membuat dan mengeluarkan Fatwa berikut:

1. Bahawasanya ajaran dan pegangan Ayah Pin adalah palsu,sesat,menyeleweng dan boleh membawa ancaman kepada ketenteraman orang awam serta merosakkan akidah.

2. Oleh yang demikian orang ramai di negeri ini hendaklah menghindar diri daripada terlibat dengan pegangan dan ajaran Ayah Pin tersebut.

Tarkih Pewartaan : 4 Disember 1997

Keterangan, Antaranya : (klik more)