Jom follow kami untuk kemaskini terkini

Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Showing posts with label kemalangan. Show all posts

Tuesday, November 16, 2010

Malang tidak berbau



Monday, April 5, 2010

Kemalangan Di BHP Taman Midah, Cheras.


Accident ni berlaku lebih kurang pukul 10.45pm, 29 Mac (Isnin) dekat stesen petrol BHP, Taman Midah, Cheras. Seorang lelaki maut daripada accident ni, 2 injured dan pemandu yang merempoh kereta mereka difahamkan seorang perempuan 23 tahun.

0.12: Lelaki tersebut berada di pintu kereta sambil menunggu wife atau anaknye masuk ke dalam kereta.
0:15: Lelaki tersebut tidak sempat memasuki kenderaan namun wife atau anaknye telah berada di dalam kereta sebelum dirempuh kereta putih.
0:22: Orang ramai bertempiaran lari kerana terkejut dan panic.
0:37: Wife berlari keluar dari kereta dan pergi ke bahagian hadapan kereta untuk mendapatkan husbandnya.
0:45: Baby keluar dari kereta tersebut dalam keadaan merangkak dan di selamatkan orang ramai.

Wife yang cedera dan berada di hadapan kereta dipercayai memberikan CPR kepada suaminya dan membantu suaminya mengucap dua kalimah syahadah sebelum suaminya meninggal di tempat kejadian dan wife tersebut pengsan.

Monday, March 29, 2010

Gambar : Made in Thailand!

Kejadian mungkin berlaku di thailand berdasarkan gambar dan situasi, ape pun tunggang dan pandulah dengan selamat, ingatlah orang tersayang.

Friday, March 26, 2010

video : Juruterbang maut Pilatus terhempas


KUBANG PASU 25 Mac - Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbunuh selepas pesawat Pilatus PC7 MKII yang dipandunya secara solo terhempas di kawasan hutan simpan Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, di sini hari ini.

Juruterbang yang terkorban dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu ialah Mejar Muhammed Zulrihan Jusof yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Allahyarham telah berkhidmat di Kolej Tentera Udara (KTU) Alor Setar sebagai jurulatih penerbangan sejak 1 Januari 2008.

Mangsa yang menyertai TUDM pada 25 Februari 1991 meninggalkan seorang balu, Wizana Abd. Ghani dan tiga anak.

Difahamkan, mayat Allahyarham Muhammed Zulrihan ditemui oleh Pasukan Penyelamat TUDM kira-kira 10 meter dari tempat bangkai pesawat berkenaan ditemui terhempas.

Mayat jurulatih penerbangan itu dikeluarkan dari lokasi kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi dan jenazahnya kemudian diterbangkan dengan helikopter Nuri ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), dekat sini untuk bedah siasat.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan akhbar berkata, pesawat yang dipandu oleh Muhammed Zulrihan berlepas dari KTU Alor Setar pada pukul 10.03 pagi ini bagi tujuan latihan penerbangan.

Menurut kenyataan itu, TUDM telah menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

"Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud dan seluruh warga TUDM mengucapkan takziah kepada isteri, anak-anak dan semua ahli keluarga Allahyarham.

"Pihak TUDM amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan yang telah disumbangkan oleh wira TUDM ini dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara," kata kenyataan itu.

Kali terakhir pesawat Pilatus PC-7 dilaporkan terhempas ialah di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, dekat sini pada 11 September tahun lalu yang mengorbankan dua juruterbang TUDM.

Dalam pada itu, Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Zamri Chik berkata, 14 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya mendapat panggilan pada pukul 10.25 pagi.

Sebaik tiba katanya, mereka berjaya memadamkan api yang memusnahkan sebahagian daripada pesawat berkenaan.