Jom follow kami untuk kemaskini terkini

Wednesday, December 29, 2010

Siapa ULTRAS MALAYA?




 Mungkin ramai yang sudah mengenali ataupun mendengar ultras malaya, sekumpulan penyokong yg sngt patriotik ketika di stadium yang memberikan 90minit mereka hanyalah untuk menyokong pasukan negara tanpa duduk! siapa mereka ini?

Image

Aksi pertama Ultras Malaya dengan kolaborasi HarimauMalaya.com di Stadium Bandaraya Petaling Jaya
Dipetik dari laman web rasmi/forum Ultras Malaya.

Ultras Malaya yang wujud pada hari ini ialah hasil usaha dari bapak Ultras kita iaitu encik apit yg membawa nama Percinters Ultras membawa nama Precint (putrajaya) sebagai tmpat asal beliau dan rakan-rakan...

Ultras Malaya ditubuhkan selepas kekalahan di Piala Asia 2007???
salah info rasanya (apit tolong tegur kalo aku salah)..
Ultras di bawah Apit ni sudah wujud sebelum tu, sebab masa kekalahan memalukan Malaysia di tangan China, encik Apit dan bannernye sudah kelihatan di bukit jalil.. Aku menyedarinya di stadium dan sempat mengambil gambar, encik Apit dan rakannya bersama banner putih yg di spray hitam tertulis putrajaya.. disebelahnya ada banner 'BRAND NEW FAMe'..tp malangnya gambar bersejarah itu telah hilang bersama kuman-kuman di komputer aku..
yg ditubuhkan selepas piala asia ialah HArimau Malaya dot com (HMC)...

Kemudian, seperti cerita Azrul,
HMC dan UM bergabung. Masa tu persediaan untuk menghadapi Pestabola Merdeka.
Perjumpaan pertama HMC/UM di Restoran Sate Samuri Taman MElati untuk berbuka puasa dengan anggota seramai 8 orang (kalo x silap).

Perbincangan bermula sehinggalah munculnya hari penting di Putrajaya apabila perjumpaan/perbincangan hala tuju secara rasminya bermula di Putrajaya. Di sana, Bapak Ultras membawa laptop menunjukkan video2 berkenaan ultras dan menceritakan apa, itu, ini tentang ultras...

Bertempat di asrama sebuah institut perguruan di lembah klang, kerja2 gotong royong melukis banner bermula sebagai persedian pestabola. Banyak kenangan manis disitu, tidur bermalam, lepaking, bergabung tenaga menyiapkan banner...

Bertarikh 15 Oktober 2008, aksi pertama bermula pada perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2008 menentang Nepal yg berkesudahan kita menang 4-0.

Masa itu chanting, smoke bomb mewarnai aksi di Stadium MBPJ. Dengan krew yang jumlahnya lebih kurang 10-15 orang, ULtras Malaya ada kalanya dimaki hamun penonton lain di stadium, gara-gara berdiri sepanjang masa, melepaskan smoke bom JENGLOT (pingpong) yg berbau busuk.. Kedengaran juga suara2 mengherdik budak2 ultras ni sebgaia 'tolol'/pengacau di stadium..

Tp itu semua di mata 'penonton'.. tp di mana jurulatih B Satianathan, beliau memuji pembaharuan yg dibawa Ultras Malaya, dan pemain ketika itu, Safee Sali tertanya-tanya, siapakah remaja-remaja ini? Rakyat Malaysia yg berada di stadium mahupun yg menonton berita sukan TV3 juga tertanya apakah maksud ULTRAS yg terpampang pada banner mereka???
Antara chant mereka yang popular :


Ingin menjadi seorang Ultras Malaya?

Ramai yang masih tertanya-tanya bagaimanakah hendak menyertai Ultras Malaya, perlukah mengisi borang? perlukah bai'ah? macam pertubuhan kongsi gelap pula UM ni dengan pertanyaan-pertanyaan sedemkian. Ultras Malaya terbuka kepada semua pencinta bola sepak tempatan, baik pasukan negeri mahupun pasukan kebangsaan. Tetapi keutamaan kami adalah untuk memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan MALAYSIA. Tetapi criteria yang diperlukan untuk menjadi seorang yang berjiwa ULTRAS ialah dengan:

1. PAKAIAN: Sentiasa memakai pakaian yang berindentitikan MALAYSIA apabila ke stadium. Memakai jersey MALAYSIA, kalau tiada jersey Malaysia bolehlah memakai pakaian yang berwarna hitam (Hitam sinonim dengan pergerakkan ULTRAS), kalau tiada kedua-dua di atas, bolehlah memakai jersey pasukan negeri masing-masing. DiHARAMKAN sama sekali untuk memakai jersey pasukan/kelab LUAR NEGARA. Ingat kita datang sebagai rakyat MALAYSIA bukan rakyat England ker? Rakyat Spain, Rakyat Jepun ker? Rakyat Brazil etc

2. MUFFLER: Sila bawa Muffler. Muffler merupakan ciri-ciri penting seorang ULTRAS. Muffler penting untuk kita melakukan pelbagai aksi dan gaya sokongan apabila kita di stadium kelak.

3. BENDERA: Bendera Malaysia juga salah satu elemen penting.

4. KASUT: Sila pakai kasut. Benda ini wajib untuk sebagai imej penyokong yang yang berpakaian kemas dan cantik atau faktor kesemalatan juga. NO SELIPAR dan SANDALS.

5. BERDIRI: sebagai seorang ULTRAS, mereka perlu berdiri sepanjang 90 minit perlawanan. Ini adalah cara sokongan semua ULTRAS di seluruh dunia.

6. MENYANYI: Kita perlu menyanyi tanpa henti sepanjang 90 minit perlawanan berlansung tanpa dipengaruhi apa jua keputusan. ULTRAS menyanyi berpandukan Chants/Lagu yang diarahkan dan diketuai oleh Capo ULTRAS.

7. PATUHI ARAHAN KETUA: Di stadium, ULTRAS sentiasa patuh pada arahan CAPO. CAPO ini yang akan bertindak selaku ketua untuk memberikan arahan dan gaya bentuk sokongan kepada pasukan. CAPO jugalah akan mengetuai nyanyian Chants/Lagu

8. CURVA: Apabila berada di dalam stadium, ULTRAS akan memilih untuk duduk dikawasan berhampiran belakang sisi pintu gol, dinamakan CURVA. CURVA inilah tempat yang paling sesuai dan selamat untuk menjalankan aktiviti ULTRAS yang aggresif. Curva jauh daripada penonton biasa, golongann keluarga dan kanak-kanak.

9. DILARANG MEMBALING OBJECT: Sila menjadi penyokong yang berdisplin. Jaga tingkah laku anda. Jaga imej penyokong ULTRAS. Jangan sesekali cuba membaling object ke dalam balapan, longkang mahupun padang. Tingkah laku ini hanya dilakukan oleh PENYOKONG BODOH lagi tak BERTAMADUN. Mereka ini semua adalah LALANG di stadium, sila jauhi sikap buruk ini. Jikalau anda gagal mematuhi, kami tidak sesekali teragak-agak untuk menangkap dan menghantar anda kepada pihak bertanggunjawab.

10. EMOSI: Sebagai seorang yang berjiwa ULTRAS paling penting untuk menjaga emosi! Walaupun pasukan kita bermain tidak seperti yang diharapkan mahupun keputusan yang tidak memihak kepada kita, tetapkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan walau apa jua keadaan. Nyanyian lagu-lagu semangat penting untuk menaikkan semangat juang dan moral pemain.

11. AMBIL TEMPAT: Bila duduk bersama kami sila ambil tempat masing-masing iaitu dikawasan kerusi tempat duduk penonton, bukannya bersidai di kaki lima. Tempat itu khas untuk Capor Ultras dan orang-orang kuat Ultras untuk ketuai nyanyian dan formasi pergerakkan. Kalau nak menempel kat situ, silalah pergi ke pintu lain. Bukit Jalil besar dan 100k capacity, banyak lagi ruang untuk menyemakkan diri. Tetapi bukan di situ, kami mahu pergerakkan ini tersusun rapi dan cantik.

12. FLARE & SMOKE BOMB : Penyalaan suar atau pun bom asap hanya perlu bila mendapat arahan dari ketua. Jangan memandai-mandai untuk bakar sendiri. Bila ditangkap pihak berkuasa kami tidak akan bertanggungjawab. Kalau nak bakar sendiri pergi sertai kumpulan lain dan tempat lain. Kami tidak mahu cara sokongan ini "well organized" baru orang tidak akan pandang serong. Sebab itu serahkan pada yang arif tentang bab ini.

13. Sila patuhi arahan semua diatas, barulah anda layak digelar seorang ULTRAS dan layak untuk berjuang bersama-sama ULTRAS MALAYA. Sekian~

sumber asal : Ultras Malaya

4 comments:

MONAT © 2012 said...

:) Perkongsian yang menarik :)!!! Terima kasih~
sekarang dah faham apa itu Ultras Malaya..
ada terdengar dari rakan2 yg Ultras Malaya bkn untuk orang2 sabah dan sarawak.. -.-"
agak terharu jugak dengar tu~ tp dengan adanya info nie~ rasanya semua persoalan dah terjawab~

Trimas!!

tiketaketaketak said...

hooligans suda..
adoi!

sejuk said...

jgn samakan ultras malaya dengan hooligan! anda da salah konsep memahami!

yunZatie said...

baru paham..proud to be malaysian ryte?

Post a Comment