Jom follow kami untuk kemaskini terkini

Sunday, November 14, 2010

Anda kenal Ariel Sharon?

A life-sized art installation of former Israeli Prime Minister Ariel Sharon lying comatose in a hospital bed by Israeli artist Noam Braslavsky.

Gambar di atas ialah gambar PATUNG Ariel Sharon yang koma. Mantan Perdana Menteri Israel itu telah koma selama 5 tahun. Minggu lalu keluarganya memutuskan untuk merawat bekas orang nombor satu Israel itu di rumah.

Pada pagi Jumaat lalu, kelihatan ambulan membawa bekas perdana menteri Israel. Ambulans dari unit intensive care yang membawa Ariel berjalan dengan kawalan ketat polis menuju Sycamore Farm, kediamannya yang terletak di bagian selatan Israel.

Shlomo Noi, ketua unit Sheba Hospital, dekat Tel Aviv, menyatakan pada radio Angkatan Darat Israel bahawa Ariel Sharon akan di bawa kembali ke hospital pada hari minggu untuk dibuat latihan beberapa kali sebelum dapat dipastikan bahawa dia boleh diubati di rumah secara tetap.

Pada 4 Januari 2006, ia mengalami stroke menyebabkan dia koma dan tak tidak pulih sehingga kini. Sharon, 82 tahun, dipandang sebagai tokoh penuh kontroversi oleh banyak pihak di dalam dan luar Israel. Penyokongnya menyanjungnya sebagai pemimpin yang cuba memulihkan keamanan tanpa mengorbankan kepentingan keselamatan Israel. Manakala umat Islam menggelarnya penjenayah perang kerana jenayah yang didakwa berkaitan pembunuhan ramai-ramai Sabra dan Shatila pada tahun 1982

Bekas Perdana Menteri Israel ke 11 yang menjadi Jeneral semasa peristiwa Nakbah pada tahun 1948 yang membawa malapetaka kepada rakyat Palestin.

http://2.bp.blogspot.com/_oKAqpxZjB5c/TN1D671XU1I/AAAAAAAANxY/IddgSAE7a9w/s1600/SharonassetContent02.jpg
http://3.bp.blogspot.com/_oKAqpxZjB5c/TN1DZOdnOvI/AAAAAAAANxI/g5q3JdAewaI/s1600/Sharon%2BassetContent.jpg

Pada awalnya, Sharon dimasukkan ke hospital kerana berlaku penyumbatan di bahagian otak yang menyebabkan lumpuh seluruh badan dan akhirnya koma. Namun, keadaannya semakin serius memandangkan badannya kian mereput dan membusuk akibat jangkitan kuman walaupun masih bernyawa. Menurut para doktor lagi, sekiranya perlu, mereka terpaksa memotong bahagian-bahagian yang mereput untuk mengelakkannya menjadi semakin parah.

Beginilah balasan dunia dari Allah SWT kepada orang yang telibat memimpin para tentera untuk menyerang Sinai dan Lebanon. Dia jugalah yang menyembelih para tawanan Mesir.

Saat ini dia tidak sedar sama sekali dan tidak mengetahui apa yang belaku di sekelilingnya. Sebagai balasan dan iktibar, Allah SWT memperlihatkan kepada kita keadaan Sharon laknatullah yang suka menumpahkan darah ini dengan azabnya iaitu membusuknya jasad sedangkan ia masih hidup. Bangkai bernyawa....

Wallahuallam...

6 comments:

Aizuddin Hanis said...

allah tu maha esa dan adil..

LooK~AiN said...

ape smbungannyer lg?

Dr. Shark said...

salam, sebenarnya gambar di atas adalah patung yang mampu bergerak2 untuk membangkitkan semangat bangsa israel baru baru ini. Ada yang menentang dengan tindakan ini.
Dr. Shark

a w e m a l i a said...

Beginilah balasan dunia dari Allah SWT kepada orang yang telibat memimpin para tentera untuk menyerang Sinai dan Lebanon. Dia jugalah yang menyembelih para tawanan Mesir.

aida said...

ALLAH MAHA BESAR...ITULAH BALASAN ALLAH KEPADANYA

Kinoko-Code said...

ini lah balasan Allah...roh nye tak kan aman...kt akhirat kelak tda spw yg tahu...mcm kes Kamal Ar-Tartuk...myat nye lgsg tidak diterima bumi...ditanam di celah2 batu besar yg berat..
ni semua adalah balasan Allah..

Post a Comment