Jom follow kami untuk kemaskini terkini

Monday, March 22, 2010

Yanie Mentor Meninggal Dunia

Yanie atau nama penuhnya, Siti Surianie Julkarim telah meninggal dunia petang tadi di Hospital Keningau, Sabah selepas empat bulan menderita kerana ketumbuhan di paru-paru. Allahyarhamah hanya berusia 25 tahun. Dia meninggalkan suami Irfin Abdul Manan.

Anak kelahiran Kota Kinabalu ini menempa nama apabila muncul pemenang tempat ketiga di Mentor musim pertama pada tahun 2005, sebagai protege Ning Baizura. Selepas Mentor, Yanie berterusan mendapat bimbingan dan didikan daripada Ning.

Bersama mentornya itu, Yanie dan Nikki telah berkoloborasi untuk lagu "Drama". Ramai juga yang pasti teringat duetnya dengan Diddy AF4 dalam lagu "Saling Terpesona".

Selain nyanyian, Yanie turut pernah menceburi bidang lakonan. Projek lakonan pertamanya adalah dalam sitkom, 'Fara' bersama Fara Fauzana.

Selepas itu, tidak banyak yang dilaporkan tentang Yanie dan aktiviti seninya. Kali terakhir terdengar cerita mengenai dirinya adalah berita perkahwinannya dengan Irfin pada November 2007.

Takziah GUA ucapkan pada keluarga Yanie.

0 comments:

Post a Comment