Jom follow kami untuk kemaskini terkini

Wednesday, December 29, 2010

Siapa ULTRAS MALAYA?




 Mungkin ramai yang sudah mengenali ataupun mendengar ultras malaya, sekumpulan penyokong yg sngt patriotik ketika di stadium yang memberikan 90minit mereka hanyalah untuk menyokong pasukan negara tanpa duduk! siapa mereka ini?

Image

Aksi pertama Ultras Malaya dengan kolaborasi HarimauMalaya.com di Stadium Bandaraya Petaling Jaya
Dipetik dari laman web rasmi/forum Ultras Malaya.

Ultras Malaya yang wujud pada hari ini ialah hasil usaha dari bapak Ultras kita iaitu encik apit yg membawa nama Percinters Ultras membawa nama Precint (putrajaya) sebagai tmpat asal beliau dan rakan-rakan...

Monday, December 27, 2010

[Video] Keputusan Perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki 2010–Malaysia 3-0 Indonesia

 
Malaysia berjaya menewaskan Indonesia dengan 3 gol tanpa balas. Gol-gol Malaysia dijaringkan Safee Sali (2 gol) dan Ashaari Shamsudin. Untuk video gol sila klik "read more"!

Thursday, December 16, 2010

AFF Suzuki Cup 2010 : Separuh Akhir Pertama Malaysia VS Vietnam

Selangkah ke Akhir : Penyerang negara, Mohd Safee Sali meraikan jaringan gol bersama Safiq bin Rahim dan S.Kunalan
 
Satu kaki  pasukan kebangsaan negara kita kini berada di pentas akhir Piala AFF untuk kali pertama sejak dari tahun 1996 setelah mengalahkan juara bertahan Vietnam 2-0 pada separuh akhir pertama malam tadi.

Dua gol kemenangan pasukan negara dijaringkan oleh Mohd Safee Mohd Sali pada minit ke-61 dan ke-80. Separuh akhir kedua akan dilangsungkan pada Sabtu ini 18 Disember di My Dinh National Stadium, Hanoi.

Klik read more untuk lain-lain gambar malam tadi. Apepun tahniah kepada pasukan kebangsaan kerana berjaya memberikan kemenangan moral kepada penyokong bola sepak tanah air. Malaysia; Tanah tumapahnya darahku.

Keunikan mata

 
Struktur mata manusia bergantung kepada kebolehannya menumpukan cahaya kepada retina. Setiap komponen yang dilalui cahaya adalah lut sinar untuk mengurangkan kemalapan cahaya. Kornea dan kanta akan menumpukan cahaya yang masuk ke atas retina, yang mengaktifkan suatu tindak balas kimia dan menghasilkan isyarat yang untuk dihantar ke otak.

Cahaya yang masuk dari luar akan melepasi kornea dan melalui gelemair sebelum sampai ke kanta. Gelemair membantu mengekalkan bentuk cembung kornea dan melembapkannya. Iris (yang berwarna) terletak di depan kanta mata mengawal bukaan pupil. Seterusnya cahaya itu akan melalui gelemaca sebelum sampai ke lekuk fovea di retina. Di sinilah terletak banyak sel-sel yang sensitif kepada cahaya. Cahaya dari objek jauh dan cahaya dari objek dekat terfokus supaya cahaya boleh ditumpukan, cahaya mesti dibiaskan. Kadar biasan bergantung kepada jarak objek yang dilihat.

Objek jauh memerlukan kurang biasan cahaya daripada objek dekat. Kebanyakan biasan berlaku pada kornea yang mempunyai lengkongan kekal. Biasan lain yang diperlukan berlaku di kanta. Kanta boleh ditarik leper oleh otot, yang membetulkan kuasa kanta. Apabila seseorang berumur, dia akan hilang keupayaan untuk membetulkan tumpuan. Keadaan ini dikenali sebagai presbyopia.

Wednesday, December 15, 2010

Antara tempat larangan seluruh dunia

ISHE GRAND SHINE
Kuil Ise di jepun (sebenarnya sebagian dari 100 kuil lainnya) adalah kuil paling rahsia di jepun. Ditujukan untuk Amaterasu (dewa matahari) dan telah wujid sejak tahun 4 SM. Kuil utama syaki menyimpan benda paling penting dalam sejarah empayar jepun: Naikū (cermin dari mitologi jepun yang akhirnya dimiliki oleh empayar pertama). Kuil ini dihancurkan dan dibangun kembali setiap 20 tahun sekali bagi menjaga falsafah dari Shinto akan kematian dan kelahiran kembali (pembangunan kembali akan terjadi pada tahun 2013). Yang hanya boleh memasuki kuil ini adalah pendeta dan harus dari keluarga empayar Jepun.

Saturday, December 4, 2010

Asal usul Hajarul Aswad


Ketika Nabi Ibrahim a. s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang
dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a. s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung. Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah. Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a. s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari
batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a. s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a. s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a. s. Nabi Ibrahim a. s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a. s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."

Friday, December 3, 2010

Video : Bagaimana Ayam mengeluarkan telurnya

Masa pengeraman selama 21 hari merupakan masa yang sangat penting untuk menentukan kelahiran seekor anak ayam. Embrio di dalam telur ini membesar secara luar biasa setiap hari sampai akhirnya menetas menjadi anak ayam.

Pada hari pertama sejumlah proses pembentukan sel permulaan mulai terjadi. Sel permulaan untuk sistem pencernaan mulai terbentuk pada jam ke-18. pada jam-jam berikutnya, secara berturut-turut sehingga jam ke-24, terbentuklah sel permulaan untuk otak, sel permulaan untuk tulang belakang, formasi hubungan antara otak dan saraf,formasi bahagian kepala, sel permulaan untuk darah, dan formasi awal saraf mata.