Jom follow kami untuk kemaskini terkini

Wednesday, December 15, 2010

Antara tempat larangan seluruh dunia

ISHE GRAND SHINE
Kuil Ise di jepun (sebenarnya sebagian dari 100 kuil lainnya) adalah kuil paling rahsia di jepun. Ditujukan untuk Amaterasu (dewa matahari) dan telah wujid sejak tahun 4 SM. Kuil utama syaki menyimpan benda paling penting dalam sejarah empayar jepun: Naikū (cermin dari mitologi jepun yang akhirnya dimiliki oleh empayar pertama). Kuil ini dihancurkan dan dibangun kembali setiap 20 tahun sekali bagi menjaga falsafah dari Shinto akan kematian dan kelahiran kembali (pembangunan kembali akan terjadi pada tahun 2013). Yang hanya boleh memasuki kuil ini adalah pendeta dan harus dari keluarga empayar Jepun.

CLUB 33
Club 33 adalah kelab persendirian yang terletak di New Orleans Square yang merupakan sebahagian daripada Disneyland. Secara rasmi ianya dipelihara sebagai ciri-ciri dari taman tersebut. Pintu masuk ke kelab ini terletak bersebelahan dengan Restoran Blue Bayou yang beralamat di “33 Royal Street”, pintu masuknya dapat dikenali dari sebuah plat nombor bertulis no 33 .Yuran untuk menyertai club ini adalah antara USD 10,000 hingga USD 30,000 . Anda akan dimasukkan dalam "waiting list" selama 14 tahun jika anda ingin menyertai kelab ini.

ROOM 39

Room 39 adalah salah satu organisasi paling rahsia di Korea Utara yang bertujuan mencari jalan agar memperoleh mata wang asing untuk Kim Jong-il, Pemimpin Korea Utara. Room 39 didirikan pada akhir 70-an. Digambarkan sebagai bahagian terpenting dari sesuatu yang disebut sebagai “court economy” yang berpusat pada dynasti Kim. Tidak diketahui dari mana nama dari Room 39 ini diambil. Sangat sedikit yang maklumat yang diketahui dari organisasi ini (karena sifat kerahsiaan dari korea utara), tapi dispekulasikan bahwa organisasi ini menggunakan 10 sampai 20 akaun bank di China dan Swiss dengan tujuan untuk pemalsuan, money laundering dan transaksi gelap lainnya. Room 39 juga disyaki terlibat dalam penyeludupan ubat bius dan pasaran senjata gelap. Diketahui juga bahawa organisasi ini mempunyai 120 perusahaan dagangan asing dan secara langsung di kawalan oleh Kim Jong-il. Korea Utara menyangkal terlibat dalam segala aktiviti haram. Room 39 dipercaya berada di Pyongyang, Ibukota Korea Utara disebuah bangunan milik parti pekerja yang berkuasa.

MOUNT WEATHER EMERGENCY OPERATION CENTER
 
Seperti yang ada di filem tentang kiamat akhir-akhir ini, tempat ini adalah kawasan perlindungan dimana pegawai pemerintah USA dan yang terpilih akan selamat dari musibah/kiamat yang terjadi. dibangun tahun 1950 pada era perang dingin dan terus beroperasi hingga hari ini. Tempat ini adalah area “harapan terakhir”. Dengan alasan tersebut pengoperasian tempat ini sangat dirahsiakan. Tempat ini diselia oleh Federal Emergency Management Agency (FEMA). Pusat tindakan bencana ini sudah berfungsi dan bahkan dalam bencana kecil yang terjadi di US, trafik telekomunikasi dikawal melalui tempat ini.

AREA 51
 
Area 51 adalah nama dari sebuah pangkalan tentera di bahagian selatan Nevada, Amerika . Area 51 merupakan sebuah lapangan terbang udara tentera rahsia. Tujuan utamanya adalah untuk membantu pengembangan dan ujikaji dari eksperimen pesawat terbang dan senjata. Banyak mitos dan teori konspirasi area 51 ini, yang paling terkenal adalah yang berkaitan dengan alien dan UFO, jika seseorang memasuki tempat ini tanpa kebenaran maka tentera yang bertugas disana berhak menahan bahkan membunuhnya jika perlu.


1 comments:

Lyana MK said...

ANUGERAH TERINDAH TUK U DEAR - http://lyanamk.blogspot.com/2010/12/kasih-sayang-mereka-melimpah-ruah.html

Post a Comment