Jom follow kami untuk kemaskini terkini

Thursday, November 18, 2010

Kegagalan manjaringkan gol paling buruk



GUANGZHOU: Mungkinkah ini satu kegagalan menjaringkan gol yang paling buruk sepanjang zaman?

Pemain remaja Qatar, Fahad Khalfan pasti menangisi kesilapan terbesar di Sukan Asia - gagal jaringkan gol meskipun gawang tidak lagi dikawal sesiapa dan paling menyedihkan jarak bola dengan pintu hanya satu meter! Insiden yang berlaku ketika menentang Uzbekistan itu hangat diperkatakan media.

“Qatar yang malang,” menjadi tajuk utama tabloid Britain, The Sun.

“Ini pasti sejarah terburuk kegagalan menjaringkan gol dalam dunia bola sepak. Fahad kini memegang rekod pemain paling gagal menyempurnakan jaringan ketika menentang Uzbekistan di Sukan Asia.” Bagai mencurah garam ke atas luka pemain berusia 18 tahun Qatar itu, akhbar terbabit menayangkan semula rakaman video di laman web mereka yang menyaksikan juara bertahan itu tersingkir pada masa tambahan apabila tewas 1-0.

Khalfan berebut bola di udara dengan penjaga gol Uzbekistan, Timur Juraev yang menyepak kosong ketika mahu menyelamatkan keadaan.

Penyerang Qatar itu kemudian menggelecek bola hingga ke garisan gol dan melepaskan rembatan menggunakan kaki kiri yang tersasar melepasi tiang sehingga rakan sepasukan menyerbu pemain remaja itu yang gagal menjaringkan gol. - AFP

2 comments:

Adika Rahim said...

pemain itu bermain dengan emosi bukan kebijaksanaannya......

Kinoko-Code said...

knp nak sepak gune kaki kiri???
hmmm ..plik wu....mybe terlalu ghairah nak gol an..wu yg leh terslh sepak kot..
hahaha...kesian Qatar..mmg pluang terbaik wu

Post a Comment