Jom follow kami untuk kemaskini terkini

Tuesday, March 30, 2010

Kisah kematian Kamal Attarturk - Fakta atau mitos?

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/c/cf/Portrait_of_M._Kemal_Ataturk.jpg/250px-Portrait_of_M._Kemal_Ataturk.jpg
Sejak kecik lagi saya dah baca kisah saat2 sakaratulmaut dan kononnya bumi tak menerima mayat Atarturk atas kerosakan yang dilakukan beliau ke atas Islam di Turki. Benarkah berlaku sedemikian atau hanya tokok tambah yang berlebihan semata-mata untuk menunjukkan yang Kamal Attarturk ini perosak Islam?

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan. Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa
gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa
diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya
juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi4mm5vgLQb40eHx3eDm1nEH6lwLbd7TA7ZSCYq-QZDxSMUetK9pwtoTDieCYB7s0geTbYDxgAIOnA4BEul_d-DlEaKxXOP1wceHcejdzm_m1Gy7nfXnLVBPXWqbPHoyBTi4hlfkg7FsRw/s400/anitkabir2.jpg
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak
tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana
mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka
yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam
bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama
48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia.
sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan
mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta
ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu,
Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam,
tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi
nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun
mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar,
mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya
ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk
telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."
Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu
datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Wallahua'lam

Wassalam...

1 comments:

momo said...

tQvm..masya Allah

Post a Comment