Jom follow kami untuk kemaskini terkini

Tuesday, March 9, 2010

video epik : UCL Liverpool vs Ac Milan 2005

Kalau di tanya, apakah perlawanan akhir paling best yang pernah aku tengok untuk sukan bola sepak, dengan selambanya aku akan menjawab perlawanan akhir antara Liverpool dan AC Milan pada UEFA Champions League yang berlangsung pada tahun 2005.
Walaupun aku bukanlah peminat Liverpool ataupun AC Milan, tetapi apa yang aku rasakan best ialah apa yang telah berlaku semasa perlawanan tersebut.






Dan memandangkan sekarang ini pun musim bola kan, jadi apa salahnya kalau tonton seketika video bola.:). Dan berkebetulan aku telah tengok video tersebut dalam youtube, suka untuk aku berkongsi kepada sesiapa yang hendak tengok lagi.Lama sudah rasanya aku tengok perlawanan ini, tetapi terasa lagi apa yang boleh dikatakan antara keajaiban dalam dunia bola sepak.

Dan aku pun agak pasti, sesiapa yang pernah tengok perlawanan ini dahulu, tidak akan melupakan saat kebangkitan Liverpool pada separuh masa kedua setelah ketinggalan 3-0 pada separuh masa pertama. Habis separuh masa pertama rasanya hampir semua orang menjangkakan Liverpool akan kalah, sehinggalah keajaiban bermula pada separuh masa kedua.

Ini video terbaik yang aku jumpa dar youtube. Walaupun sampai 10minit, tapi memang best layan sampai habis.:)







Kalau terasa hendak download, sila klik bawah.:)








DOWNLOAD NOW

0 comments:

Post a Comment